BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 16 November 2011

10 TAHUN AKAN DATANG, ANDA DAH BERSEDIA?



 Assalamualaikum semua,

Entry untuk kali ini, adakah kita bersedia untuk berjuang, menolong mahupun membantu kepada manusia yang selama ini telah bersusah payah membesarkan kita dari kecil hingga dewasa. Mengikut usia sekarang, 20 tahun, masih belajar dan masih memerlukan ihsan seorang bapa mahupun ibu ( bagi yang masih ber ibu ). Jadi, 10 tahun akan datang, bersediakah kita membalas jasa, budi baik mereka? Sediakah kita menjaga mereka tatkala mereka sedang sakit? Walhal, mereka menjaga kita, walaupun demam biasa, hanya selesema, mereka menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Oh, patutlah ada yang mengatakan, seorang ibu berjaya menjaga dan mengasuh 10 anak-anaknya, tapi anak-anaknya, belum tentu boleh menjaga ibu mereka.


Situasi pertama

Dengan gaji yang bakal kita dapat, waktu kita di alam pekerjaan nanti :

1. mampu atau sanggupkah kita menghulurkan walaupun RM10 kepada mereka?
2. sanggupkah kita membayar duit kesihatan mereka sewaktu mereka sakit?
3. terfikirkah kita untuk menghulurkan duit poket untuk perbelanjaan dapur mereka?
4. kalau yang berkesempatan, sanggupkah membantu menghulurkan duit untuk menghantar mereka melaksanakan fardhu haji?

Situasi kedua

Dengan kemudahan yang kita perolehi dengan gaji yang kita perolehi :

1. sanggupkah kita menjemput mereka duduk sebumbung dengan kita?
2. sanggupkah kita menghantar mereka ke rumah orang tua?
3. mampukah kita menjaga, menyuap mereka ketika mereka memerlukan?
4. adakah kita mampu menunaikan semua permintaan mereka seperti mana kita meminta mereka dahulu?


Situasi ketiga

Sesi pertuturan dengan mereka :

1. adakah kita akan melenting jika mereka meminta bantuan?
2. adakah kita betul-betul ikhlas ketika menolong mereka?
3. sanggupkah kita memaki hamun mereka?
4. tinggi suara kepada mereka?


hargai dan sayangi mereka ketika mereka masih ada.
percayalah, tiada yang mampu menggantikan tempat mereka.
kehilangan itu, suatu yang menyiksakan, kerana
kasih ibu hingga ke syurga
kasih ayah selama-lamanya.

" kerana kamu saudaraku, aku hanya mampu berkongsi "

terima kasih pembaca





~blog nie saya yang punyer~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This is Blog is officially mine!